Pengaruh Budaya Luar
Pengenalan
Pada masa kini, terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Definisi
Dewasa ini kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban mulia,sedikit demi sedikit mengikuti kebudayaan barat. Antaranya adalah;
(A) BLACK METAL
Aktiviti Black metal ini merupakan gejala atau aktiviti social negatif yang membawa kepada pemujaan syaitan dan Black metal ini diasaskan di barat dan terkenal dengan muzik berentak keras,unsur lirik kasar,menjerit dan tidak jelas sebutannya.Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang dimainkan oleh mereka ialah berunsurkan menolak kewujudan Tuhan dan berfahaman bebas.
(B) ASPEK BUDAYA PEMAKAIAN
Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran.Ini banyak dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita atau lelaki.Kebanyakan gaya fesyen kini lebih menonjol bentuk badan pemakaian .
(C) CLUBBING
Selain daripada itu juga aktiviti clubbing atau kelab malam juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang dipengaruh budaya barat.Istilah clubbing diertikan sebagai satu dunia malam yang penuh dengan kebebasan.Jadi, faktor yang mempengaruhi aktiviti clubbing termasuklah kurang pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak. Pengaruh rakan sebaya ataupun dipaksa.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Budaya Luar Adalah;
Diri sendiri / Remaja
Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ingin tahu tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi.
Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah faktor yang mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan jantina.
Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
Keluarga
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja berniat untuk berada di luar rumah dan melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.
Selain itu, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kerana tidak mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Rakan
Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.
Bergaul dengan rakan yang memberi kesan negatif adalah merokok semasa lepak, menyertai buli atau cabaran berbahaya, serta ponteng kelas atau sekolah.
Pengaruh Media Sosial
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja.
Selain itu, golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas dan munculnya unsur pornografi.
Cara-Cara Mengatasi Masalah Tersebut adalah;
Diri sendiri / Remaja
Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan. Individu haruslah ada matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga , guru-guru dan masyarakat disekeliling . Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.
Memilih rakan
Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Oleh kerana itu, individu haruslah bijak dalam memilih rakan.
Penyediaan jadual waktu
Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Pembahagian masa sangat membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting dan mengenepikan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain game dan sebagainya.
Pengaturan masa secara bertulis dapat memastikan remaja mengenalpasti aktiviti yang dijalankan setiap hari bermanfaat. Secara tidak langsung remaja akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di hari persekolahan atau hari cuti.
Kawalan terhadap media sosial
Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu di antara individu, remaja , keluarga, sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian,semua pihak perlu menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah disediakan pada masa kini untuk menjauhi portal-portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi kepada semua pihak.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak dan moral terus menular,merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja.Jenis2 budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini.Remaja yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi.ternyata pendidikan moral,sivik,pendidikan islam masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini.Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya negative ini daripada terus menular dan menjadi ikutan generasi akan datang nanti.
PENGHARGAAN
TERLEBIH DAHULU KAMI INGIN MENGUCAPKAN SYUKUR KERANA TELAH MENGURNIAKAN KAMI KESIHATAN DAN PETUNJUK UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SEMPURNA.
TUGASAN INI DAPAT KAMI LAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA. TUGASAN INI ADALAH ATAS BANTUAN PELBAGAI PIHAK. ANTARA MEREKA YANG DIMAKSUDKAN IALAH RAKAN SEKELAS KAMI YANG MEMBANTU DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI.
DALAM KESEMPATAN INI KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK WAN FAISAL WAN AHMAD MOHTASA, PENSYARAH PEMBIMBING KAMI KERANA BANYAK MEMBIMBING DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI. BELIAU BANYAK MEMBERI PENERANGAN TENTANG CARA MELAKUKAN TUGASAN INI. WALAUPUN BELIAU SIBUK TETAPI BELIAU TETAP ADA MASA UTNUK BERSAMA KAMI SERTA RAKAN-RAKAN DALAM MEMBERI PENERANGAN TENTANG TUGASAN INI.
AKHIR SEKALI KAMI BERHARAP DAPAT MEMPELAJARI BANYAK ILMU PENGETAHUAN DARIPADA TUGASAN INI.
Rujukan
https://www.dosenpendidikan.co.id/budaya-asing/
- http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN :
ELLYVIEANNA LAMAI (05DPE19F1067)
TRUCIA CARROLINE DOMINIC (05DPE19F1073)
STEVE RIVERA CHIN TERRY (05DPE19F1107)